Saturday, July 13, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Rai ulang tahun persatuan dengan acara sukan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Sempena ulang tahunnya yang ke-38, Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) telah mengadakan Sukan Ria KACA cawangan Belait kali ke-14, baru-baru ini.

    Seramai 50 orang kanak-kanak KACA dari cawangan Belait, 15 orang dari cawangan Bandar Seri Begawan dan lima orang dari cawangan Tutong telah menyertai acara tersebut yang berlangsung di Pusat KACA cawangan Belait di Rumah Banglow BSP, Kuala Belait.

    Ia diadakan untuk mendapatkan kerjasama yang erat daripada ibu bapa KACA dalam aktiviti dan program yang disediakan.

    Di samping itu, ia merupakan peluang bagi kanak-kanak, guru-guru, para sukarelawan dan ibu bapa untuk bersosial dalam satu aktiviti yang dirancang dan seterusnya memberikan peluang bersukan kepada kanak-kanak KACA bagi mencungkil bakat mereka untuk mewakili negara dalam sukan orang kelainan upaya (OKU) di peringkat kebangsaan dan serantau pada masa hadapan.

    Turut hadir pada acara itu ialah Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman.

    Antara kanak-kanak KACA yang terlibat dalam acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN KACA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pasangan suami isteri ditahan, didakwa mengintip untuk Rusia

    SYDNEY, 12 JULAI - Polis Australia telah mendakwa pasangan suami isteri kelahiran Rusia dengan tuduhan mengintip untuk Moscow, menurut pegawai tertinggi polis hari ini....