Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raih ganjaran dengan pembacaan Al-Quran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, jabatan-jabatan dan pihak berkuasa di bawahnya, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa yang berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi, Cybersecurity, Strategi dan Korporat), Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim; Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI), Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak berserta pengarah-pengarah jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, jabatan-jabatan dan pihak berkuasa di bawahnya.

    Majlis pada tahun ini dikelolakan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Penerbangan Awam yang mana ia merupakan acara keagamaan tahunan bagi menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkahan dengan mengambil kesempatan meraih ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah SWT dengan pembacaan Al-Quran oleh para pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, jabatan-jabatan dan pihak berkuasa di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Takhtim yang dipimpin oleh Imam Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Pengiran Haji Mohd Ismail bin Pengiran Haji Tuah.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan diselajurkan dengan acara berbuka puasa sebelum menunaikan sembahyang fardu Maghrib berjemaah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Abdul Mutalib menghadiri majlis khatam Al-Quran dan berbuka puasa yang berlangsung di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda