Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Raih ganjaran sambil berbelanja

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Bank Standard Chartered (StanChart) tidak ketinggalan memeriahkan bulan Ramadan tahun ini dengan menawarkan promosi menarik untuk pemegang kad kredit iaitu Cabutan Bertuah Ramadan Mastercard SC dan Pocket HeyDomo x SC Ramadan yang berlangsung sehingga awal Mei.

    Bagi promosi cabutan bertuah, pemegang kad Mastercard StanChart yang membelanjakan jumlah minimum dalam satu resit akan berpeluang memenangi pulangan tunai $1,000.

    Sementara itu, pelanggan juga layak mendapat dua cabutan bertuah dengan setiap pembelian minimum dalam satu resit di cawangan Hua Ho yang mengambil bahagian, iaitu Manggis, Yayasan, Tanjung Bunut atau Sengkurong, menggunakan StanChart Hua Ho Mastercard.

    Bagi Promosi Pocket HeyDomo x SC Ramadan pula, pelanggan yang berbelanja pada jumlah minimum akan ditawarkan kupon diskaun untuk pembelian Pocket atau HeyDomo seterusnya menggunakan kad kredit Visa Infinite dan Platinum.

    Pemegang kad Kredit Standard Chartered Visa Gold dan Classic pula akan layak mendapat kupon diskaun untuk pembelian seterusnya di Pocket atau HeyDomo.

    Kupon diskaun akan dihadkan kepada 50 kupon setiap minggu setiap satu untuk Pocket dan HeyDomo sepanjang tempoh promosi.

    Ketua Produk Runcit dan Digital, Jacky Teo dipetik sebagai berkata, “Promosi-promosi perayaan untuk pemegang kad kredit StanChart kami ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan sambil menawarkan nilai dan faedah kepada perbelanjaan harian mereka.

    “Bekerjasama dengan rakan kongsi utama seperti Pocket, HeyDomo dan Hua Ho, kami dapat melanjutkan faedah ini kepada pelanggan dan pelanggan bersama kami,” jelasnya lagi.

    Pemegang kad kredit StanChart boleh menikmati keistimewaan membeli-belah sepanjang tahun dan layak untuk program unik The Good Life dan 360 rewards.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...