Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raih keberkatan jumaat membaca surah Al-Kahfi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Walaupun negara masih menekankan penjarakan sosial dalam menyambut bulan Syawal ini, kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih tetap dirasakan walaupun ia tidak semeriah dari tahun-tahun yang lalu.

    Dalam kemeriahan Syawal dan meraih keberkatan Jumaat, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar terus mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dengan menggunakan kemudahan Internet, hari ini.

    Antara yang diadakan adalah aktiviti harian termasuk membaca Surah Al-Kahfi dengan menggunakan Zoom.

    Turut menyertai membaca Surah Al-Kahfi itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Manakala itu, bacaan Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Pegawai Masjid, Haji Symsul Bahar bin Haji Badar.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan turut serta membaca Surah Al-Kahfi secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. – Gambar serahan MRSB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda