Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raih keberkatan solat Subuh berjemaah

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Dalam sama-sama memakmurkan masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pusat Dakwah Islamiah dan Bahagian Kemajuan Syiar Islam dengan kerjasama Masjid Omar ’Ali Saifuddien telah mengadakan ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.

    Program berkenaan turut memberikan peluang kepada para pengunjung bersempena acara Bandarku Ceria memulakan langkah dan keceriaan hari mereka dengan meraih keberkatan dengan menunaikan sembahyang fardu secara berjemaah dan merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang serta taklimat.

    Program kali ini diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Riadah Jasmani Melalui Sembahyang Subuh’ yang disampaikan oleh Penceramah Tetap Pusat Dakwah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

    Hadir bersama-sama jemaah masjid bagi menjayakan program tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan datin, timbalan-timbalan setiausaha tetap dan para pegawai kanan dari KHEU.

    Kehadiran jemaah memakmurkan rumah Allah diharapkan akan dapat menghidupkan amalan sunnah Baginda Rasulullah S.A.W dan dapat menimbulkan rasa persamaan di antara umat Islam dalam melaksanakan sembahyang berjemaah dan amal ibadat bersama-sama.

    Makmurnya masjid-masjid di negara ini, adalah antara landasan setiap masyarakat bagi menggandakan amal kebajikan dan meraih keberkatan dari Allah S.W.T bagi diri sendiri, keluarga dan juga negara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda