Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raih kejayaan membanggakan

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Empat orang pelajar kesenian dari Atelier HuiFong Ng mencatat pencapaian yang membanggakan apabila masing-masing memenangi hadiah pertama dalam Flag of Peace World Children Calling for Art Competition ke-9.

    Pertandingan berkenaan dianjurkan bersama oleh Persatuan China bagi Mempromosikan Kebudayaan, dan Kesenian Kanak-kanak dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Rakyat China.

    Daripada 20,000 penyertaan, hanya 1,000 memasuki peringkat akhir. Salah seorang daripada penerima ialah cucunda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Pengiran Seti Amanina Wafiqah binti Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah manakala yang lain ialah Dayang Zara Sofia binti Mohammad Raymin, Adrienna Yeo Jia Nee dan Candyce Lim Tze Yee. Kesemua mereka berjaya memenangi hadiah pertama dengan kreativiti artistik mereka.

    Hasil karya mereka bersama finalis-finalis lain dipamerkan di China Soong Ching Ling Science and Culture Center for Young People sepanjang Oktober lalu.

    Pertandingan melukis bendera bagi kanak-kanak di seluruh dunia berkenaan bertujuan untuk mempromosikan keamanan dunia dan kemakmuran bersama.

    Pengiran Seti Amanina Wafiqah bergambar ramai bersama Hui Fong dan tiga lagi penerima anugerah. – Gambar oleh Rahwani Zahari

    Pengiran Seti Amanina Wafiqah dari Sekolah Antarabangsa Brunei berkata lukisan beliau diharap dapat memberikan kesan kepada keamanan dunia.

    Beliau melukis untuk satu tujuan dan beliau menerima inspirasi daripada kawannya disebabkan mereka melakukan usaha cemerlang dalam lukisan mereka, jadi beliau juga mahu idea yang bagus untuk lukisannya.

    “Lukisan saya mempunyai dua bahagian; satu adalah keamanan dan satu bertentangan. Terdapat dua tangan yang bermain permainan gunting dan kertas (O-som). Gunting melambangkan keamanan apabila anda menghala ke atas manakala kertas menunjukkan pemusnahan,” jelasnya.

    Selain itu, mengulas mengenai minatnya dalam lukisan, Pengiran Seti Amanina Wafiqah, 14, mendedahkan bahawa beliau amat berminat dalam lukisan sejak dari kecil lagi. Beliau selalu melukis di dinding rumahnya.

    Sementara Dayang Zara Sofia dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), ketika ditemu bual pula berkata, lukisan menggabungkan idea keamanan dan perlindungan, jadi beliau memutuskan untuk melukis merpati putih untuk melambangkan orang dan masyarakat serta berkongsi perasaan cinta dengan yang lain.

    Mengulas mengenai kemenangannya, pelajar berusia 14 tahun itu berkata, “Pada mulanya, saya tidak percaya kerana pertandingan adalah sengit. Ia pastinya pencapaian terbesar saya dalam seni.”

    Beliau juga berkongsi bahawa setiap kali beliau melukis, jiwanya rasa tenang dan ia menjadi satu hobi untuk meluahkan perasaannya.

    Manakala Adrienna Yeo Jia Nee dari JIS menjelaskan bahawa kerja seninya ‘bagai orang bersatu untuk mencapai keamanan. Idea itu datang dari orang yang bersatu padu dan bukannya berkelahi di antara satu sama lain.’

    Pemenang keempat Candyce Lim Tze Yee dari Sekolah Menengah Chung Hwa BSB pula menjelaskan bahawa lukisannya adalah mengenai persahabatan dan keamanan. Terdapat dua budak perempuan di bawah pokok besar dan mereka sedang berbual. Pengasas Atelier HuiFong Ng, Hui Fong ketika dipetik berkata beliau berasa amat bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar berkenaan.

    “Saya melihat mereka bekerja keras dan salah seorang di antara mereka malah melukis lapan jam di Atelier sebelum menyiapkan lukisannya. Mereka telah menghabiskan lebih 20 jam dalam lukisan. Kami rasa amat gembira dengan komitmen mereka,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda