Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raih pahala di bulan Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Sempena bulan Ramadan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan sembahyang Fardu Asar berjemaah di Surau, Blok Island kementerian berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Majlis khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan takhtim khatam Al-Quran serta solat Fardu Asar berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 3, Masjid Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohd Amin bin Haji Salim.

    Turut hadir setiausaha tetap, pemangku setiausaha tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian berserta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Majlis ini merupakan aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada setiap tahun di bulan Ramadan untuk mengeratkan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian.

    Di samping itu, ia juga bertujuan meraih pahala lebih-lebih lagi untuk mendapatkan keredaan serta keberkatan daripada Allah SWT. Majlis khatam pada tahun ini telah diselenggarakan oleh Tabung Amanah Pekerja.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin hadir bersama tetamu lain pada Majlis Khatam Al-Quran di Surau, Blok Island kementerian berkenaan, kelmarin. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda