MONACO, 29 Mei – Wajah murung Kimi Raikkonen mempunyai kisahnya tersendiri apabila dia menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Sebastian Vettel dalam kemenangan satu-dua Ferrari di Grand Prix Monaco.
Sementara juara empat kali dari Jerman, Vettel, meraikan kemenangan ke-45 dalam kerjayanya, dan yang pertama Ferrari di Monte Carlo dalam tempoh 16 tahun, jelas terlalu gembira, rakan sepasukannya dari Finland pula mengelakkan soalan mengenai penggunaan arahan pasukan.
Raikkonen, 37, juara dunia 2007, menolak semua ‘godaan’ untuk menghentam Ferrari, tetapi dia dengan jelasnya tidak gembira dihalang daripada potensi kemenangan.
Vettel penuh kegembiraan di atas podium dengan kemenangan itu, rakan sepasukannya itu pula kelihatan seolah-olah dia berada di tempat terakhir.

Selepas memulakan perlumbaan di petak hadapan, dia mendahului perlumbaan dengan selesa sehingga diarahkan melakukan perhentian pit lebih awal yang memberikan kelebihan kepada Vettel untuk menamatkan perlumbaan dengan kemenangan.
Arahan perhentian pit itu datangnya dari Ferrari dalam usaha untuk ‘under-cut’ kumpulan yang mengejar, taktik yang biasanya tidak digunakan di Monaco, di mana kemudian taktik ‘over-cut’ yang menunggu bagi menyaingi lawan dianggap lebih berjaya.
Tetapi Raikkonen berhenti sekejap dengan berkata bahawa kekecewaannya adalah strategi keseluruhan perhentian-pit.
“Saya dipanggil, ia adalah mengenai itu,” katanya dengan ringkas tetapi padat. – AFP