Pada 24 April lalu, merupakan ulang tahun Rain (gambar bawah) ke-18 sebagai artis dan memberikan ucapan terima kasih kepada peminatnya yang selama ini telah mengikuti perjalanannya hingga sekarang di akaun Instagram peribadinya.
Dia menulis, “Terima kasih kepada semua peminat saya yang telah menyokong saya selama bertahun-tahun, hari ini menandakan 18 tahun sejak pertama kali saya melancarkan album pertama saya.
Saya masih ingat dengan jelas meninggalkan ruang latihan kecil untuk membuat persembahan buat pertama kalinya pada 24 April 2002.
Pada hari istimewa ini, saya ingin berkongsi permata tersembunyi yang saya temui sebelum persembahan ini.
Terima kasih kepada keluarga Cloud (nama kelab peminat rasmi Rain) yang telah bersama saya sejak hari pertama. Saya sayang kamu semua!” – Agensi
