PENYANYI dan pelakon Korea Selatan Rain yang baru sahaja berkahwin dengan kekasihnya Kim Tae Hee pada Januari lalu dikhabarkan bakal kembali ke dunia lakonan.
Seperti dipetik Soompi, pelakon Full House yang baru sahaja pulang dari berbulan madu di Bali, Indonesia itu akan terlibat dalam sebuah filem berjudul Uhm Bok Dong.
Dia akan membawa watak utama dengan beberapa pelakon lain seperti Kang Sora, Min Hyo Rin, Park Jin Joo, dan Lee Shi Un. Filem Uhm Bok Dong sebuah kisah benar seorang atlet berbasikal yang berjaya menewaskan atlet berbasikal dari Jepun dalam misinya menguasai Korea.