Tindakan pelakon dan penyanyi Rain membeli sebuah bangunan komersial di kawasan elit Gangnam, Seoul langkah kurang tepat apabila ia kosong tanpa penyewa.
Allkpop melaporkan Rain membeli bangunan tersebut pada Jun 2021 dengan harga RM314 juta namun mengambil keputusan menjualnya setahun kemudian dan tiada pembeli berminat.
Pelakon drama bersiri Full House itu dilaporkan mahu menjual hartanah itu dengan harga RM488 juta.
Bagaimanapun Rain menyangkal dakwaan mahu menjual asetnya itu meskipun terdapat laporan lain mendakwa penyanyi itu bertindak menarik balik keputusannya kerana tiada pembeli.
Dalam pada itu, pakar hartanah berkongsi bahawa kos sebanyak RM488 juta bukanlah kos yang realistik untuk purata pembeli walaupun bangunan itu berada di salah satu lokasi utama di Gangnam, Korea Selatan.
Buat masa ini, bangunan tersebut dikatakan kosong tanpa penyewa di tingkat satu dan dua.
Menurut warganet, jumlah perbelanjaan dan bayaran pinjaman bulanan yang perlu pasangan selebriti itu bayar sepatutnya sekitar RM 697,683 sebulan.
Terdahulu, Rain dan Tae Hee juga dilaporkan membeli beberapa bangunan dan menjual semula hartanah mereka selepas beberapa tahun. – Agensi
