Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raisa sedih terpaksa tangguh konsert gara-gara COVID-19

    Konsert penyanyi Raisa yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 28 November depan terpaksa ditunda pada tarikh yang belum ditetapkan.

    Menurut laporan Liputan6, Raisa memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan untuk menundakan konsert tersebut.

    Menurut Raisa, persiapan untuk konsert tersebut sudah dilakukan selama dua tahun dan sememangnya dinantikan peminatnya yang digelar Youraisa.

    “Saya ucapkan terima kasih kepada Youraisa dan minta maaf sangat. Siapa la saya tanpa semua sokongan Youraisa.

    “Kepada yang sudah berharap konsert ini akan berlangsung, beli tiket, tiket penerbangan, saya ucapkan terima kasih dan mohon maaf.

    “Saya harap anda semua tetap menyokong. Selepas pandemik ini berakhir, kita boleh menikmati konsert tanpa rasa bimbang,” katanya. – Agensi

    Raisa turut membuat permohonan maaf kepada peminat kerana terpaksa menunda konsert yang sepatutnya diadakan di Gelora Bung Karno, Jakarta. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda