AMMAN, 5 Feb – Raja Abdullah II kembali ke tanah air kelmarin selepas satu lawatan kerja ke Amerika Syarikat di mana dia mengadakan rundingan bersama Presiden Donald Trump, pegawai-pegawai tertinggi pentadbiran dan ketua-ketua kongres.
Raja itu juga mengadakan pertemuan bersama Timbalan Presiden AS, Mike Pence, Setiausaha Pertahanan, James Mattis, Setiausaha Keselamatan Tanah Air, John Kelly dan Penasihat Keselamatan Negara, Michael Flynn.
Rundingan-rundingan itu menekankan kerjasama strategik di antara Jordan-AS dan juga membincangkan mengenai memerangi keganasan dan krisis-krisis serantau, termasuk Syria dan keperluan bagi meningkatkan usaha-usaha untuk mengembalikan proses damai Palestin-Israel yang terhenti.
Raja ini juga memberi amaran pemindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis akan membangkitkan kemarahan di rantau Arab dan dunia Islam dan menggariskan usaha-usaha untuk mencapai keamanan di antara Palestin dan Israel.
Raja itu sebelum ini mengadakan rundingan-rundingan di Moscow bersama Presiden Rusia Vladimir Putin. – NNN