Saturday, March 29, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Afiq kini kerani bank

    Pelakon, Raja Afiq mendedahkan dia kini bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perbankan susulan tiada tawaran berlakon sejak awal tahun ini.

    “Pada awalnya saya akui tertekan apabila tiada tawaran berlakon dalam tempoh yang panjang. Namun saya enggan menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak berbuat apa-apa,” dedahnya.

    Menurut laporan HMetro, Afiq mengongsikan bahawa demi meneruskan kelangsungan hidup dia sanggup mengetepikan kerjaya glamor yang pernah mengangkat namanya dalam industri seni satu ketika dahulu.

    “Kalau nak cakap saya terkenal, rasanya zaman itu sudah lama berlalu. Saya dikenali ramai pun dalam tempoh yang sekejap, kemudian nama saya agak perlahan dalam dunia seni.

    “Jadi saya sudah biasa dengan kehidupan yang sederhana ini dan tidak berdepan sebarang kesulitan apabila bekerja sebagai kerani di bank.

    Afiq sudah biasa dengan kehidupan yang sederhana. – kosmo.com.my

    “Lagipun saya tak suka duduk diam dan goyang kaki di rumah saja. Memandangkan sekarang ini saya sudah mempunyai keluarga dan ada komitmen, jadi saya perlu cari jalan lain untuk teruskan kehidupan.

    “Kalau orang nak cakap saya malas, itu bukan prinsip hidup saya sebab dari zaman muda lagi saya memang kuat bekerja dan tak kisah untuk menimba pengalaman baharu,” katanya.

    Menurut Afiq, keputusan bekerja sebagai kerani bukan bermakna dia sudah tidak berminat untuk menerima sebarang tawaran berlakon.

    “Nak kata bahagia dengan pekerjaan sekarang tidak juga sebab saya masih mencari peluang dalam dunia lakonan.

    “Perjalanan untuk saya menjadi pelakon bukan mudah. Banyak cabaran perlu saya lalui sehingga berjaya mencipta nama sebelum ini”. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda