Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Afiq tunang senyap-senyap dengan polis viral Soffwany Yusoff

    Dalam diam-diam pelakon Raja Afiq sudah mengikat tali pertunangan dengan anggota polis Soffwany Yusoff dan merancang melangsungkan pernikahan tahun ini.

    Menurut Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup beberapa bulan lalu dan pada ketika itu mereka belum bersedia berkongsi kepada umum.

    “Saya sudah mengenali Raja Afiq sejak awal tahun ini, tapi tak pernah dedahkan status hubungan kami berdua.

    “Kami pun sudah melangsungkan pertunangan beberapa bulan lepas tapi memilih untuk tidak menghebohkan berita ini kerana masing-masing belum bersedia untuk berkongsi. Hanya ahli keluarga yang tahu mengenai status kami,” katanya.

    Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata mereka hanya berkenalan dalam masa beberapa bulan sebelum memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.

    Soffwany dedahkan dia telah melangsungkan pertunangan dengan pelakon Raja Afiq. – Agensi

    “Kami mula berkenalan selepas kerap berbalas mesej di Instagram.

    “Mula-mula saya memang tak layan Raja Afiq tapi dia tak putus asa mesej saya. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan mula rapat,” katanya yang juga seorang penyanyi.

    Mengulas persiapan pernikahan, Soffwany berkata pasangan itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan.

    “Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September ini tapi disebabkan PKP, majlis kami ditangguhkan pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi.

    “Cuma harapnya ia dapat dilangsungkan sebelum tahun hadapan.

    “Lagipun, masih banyak perkara yang masih belum lengkap. Raja Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin lagi,” jelasnya.

    Pada 2016 Soffwany pernah menjadi bualan warganet kerana menyanyikan lagu raya berjudul Pulang yang rata-rata kagum dengan bakat nyanyiannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda