Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Arab Saudi adakan perbincangan dengan Biden

    RIYADH, 26 FEB – Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden (gambar kanan), antara lain berbincang mengenai kerjasama dua hala, lapor agensi berita Arab Saudi.

    Raja Arab Saudi selaku Penjaga Dua Masjid Suci turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Biden atas pelantikannya.

    Baginda dan Presiden menekankan mengenai hubungan erat kedua-dua negara, dan pentingnya memperkukuh kerjasama untuk kepentingan bersama selain mewujudkan keamanan serta kestabilan serantau dan dunia.

    Sementara itu, agensi Anadolu melaporkan, memetik Rumah Putih, Biden dan Raja Salman membincangkan “keselamatan wilayah, termasuk usaha diplomatik yang diperbaharui menerusi kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan AS untuk mengakhiri perang di Yaman, dan komitmen AS membantu Arab Saudi mempertahankan wilayahnya.”

    “Presiden memberitahu Raja Salman bahawa beliau akan berusaha untuk menjadikan hubungan dua hala itu sekuat dan setelus mungkin.

    “Kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen masing-masing dan bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu membabitkan kepentingan bersama,” tambah Rumah Putih.  – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda