Raja Arab Saudi izinkan tarawih tanpa jemaah

ANKARA, 22 APRIL – Raja Arab Saudi Salman bin Abdulaziz pada hari ini meluluskan solat Tarawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam, dalam usaha untuk membendung COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut kenyataan Dewan Yang Dipertua Penjaga Dua Masjid Suci pada hari ini, Tarawih, mulai minggu ini, di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dipendekkan dan tanpa kehadiran jemaah awam.

Pada Isnin, Ketua Pengarah dewan berkenaan berkata Tarawih hanya akan dilakukan bersama kakitangan dan itikaf juga dibatalkan. – Bernama