Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Azura tak malu dipanggil janda

    Berstatus ibu tunggal kepada tiga orang anak selama 12 tahun, pelakon Raja Azura mendedahkan dia kerap menerima pertanyaan mengenai pengganti teman hidup.

    Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin mengakui, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi kerana enggan berdepan dengan masalah keluarga.

    Menurut pelakon berusia 49 tahun itu, kehidupannya kini sudah cukup bahagia bersama tiga orang anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.

    Raja Azura atau mesra disapa sebagai Kak Engku ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya kelmarin.

    Menerusi filem tersebut, Raja Azura memandang watak sebagai Kak Ani yang merupakan janda bersama dua orang rakannya iaitu Midah lakonan Khatijah Tan dan Rohayu (Normah Damanhuri).

    Tidak pernah malu dengan status janda, Raja Azura memberitahu dia sentiasa menjaga nama dan maruah keluarga termasuk bekas bapa mentua.

    Untuk rekod, Raja Azura berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Haji Aroff pada Mac 2001 namun bercerai pada 28 September 2010. – Agensi

    Raja Azura selesa dengan status sebagai seorang janda. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda