Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Britain bersua muka dengan penduduk Australia

    SYDNEY, 20 OKT – Penduduk Australia berpeluang untuk bersua muka dengan Raja Charles III hari ini ketika Baginda menghadiri acara di Gereja Anglican St Thomas, selepas pemimpin berusia 75 tahun itu tiba di Sydney Jumaat lalu.

    Kira-kira beratus-ratus orang berkumpul di sekeliling bangunan tersebut bagi mengalu-alukan ketibaan beliau.

    Seorang penduduk Australia, Lynton Martin, 22, yang telah melakukan perjalanan selama sembilan jam dari Melbourne berkata kepada AFP, “Saya mahu menunjukkan bahawa kami menyokong dan mengalu-alukan raja.”

    Tahun lalu Martin pergi ke London untuk pertabalan Charles, yang disifatkannya sebagai acara yang hebat.

    Charles turut membuat kenyataan ringkas pada majlis perundangan New South Wales hari ini, di mana dia memuji janji dan kuasa demokrasi perwakilan.

    Raja Britain itu juga menyapa orang ramai yang menunggu untuk berjumpa dengannya selepas dia menghadiri majlis sambutan sempena meraikan 200 tahun Majlis Perundangan di Sydney hari ini semasa lawatan diraja selama enam hari ke Sydney dan Canberra. – AFP

    Raja Charles III (kiri) dan Ratu Camilla (tengah) dialu-alukan oleh orang ramai semasa lawatan mereka ke Gereja Anglican St Thomas di Sydney pada 20 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda