Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Charles akan terima kunjungan Trump pada September

    MANCHESTER, ENGLAND, 14 JULAI – Raja Britain Raja Charles III berkenan menerima kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada September ini untuk lawatan negara kali kedua yang belum pernah berlaku sebelum ini ke Britain, menurut Istana Buckingham, hari ini.

    Lawatan itu dijadual berlangsung dari 17 hingga 19 September.

    “Raja Charles akan menerima menghadap Presiden Trump dan isterinya di Istana Windsor,” menurut istana dalam satu kenyataan, sambil memaklumkan bahawa butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.

    Trump sebelum ini berkata beliau bersetuju untuk bertemu Raja Charles selepas Perdana Menteri Britain Keir Starmer menyerahkan sepucuk surat tulisan tangan daripada Raja Charles di Pejabat Oval. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda