Wednesday, October 23, 2024
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Charles III akhiri lawatan di Opera House Australia

    SYDNEY, 22 OKT – Raja Charles III telah menerima sambutan meriah di Sydney Opera House hari ini, bagi acara sua muka terakhirnya dalam lawatan pertamanya ke luar negara sejak diagnosis kanser.

    Beribu-ribu penduduk telah berkumpul di luar Opera House dengan harapan untuk bersua muka dengan raja berkenaan.

    Semasa lawatan tersebut, Raja Charles berkesempatan bertemu dengan pasukan penyelamat dan saintis kanser, di samping menyaksikan pertunjukan anjing dan biri-biri.

    Raja Charles turut memeriksa armada kapal pemusnah peluru berpandu dan pemburu periuk api pantai.

    Lawatan Raja Charles juga dimeriahkan lagi oleh persembahan daripada pasukan pancaragam Brass sambil diiringi dengan pertunjukan udara yang terdiri daripada helikopter dan jet pejuang sebelum meninggalkan perairan Sydney Harbour.

    Seorang pesara polis, Brian Webb, 69, berkata selepas bertemu dan bersalaman dengan raja tersebut, “Saya tidak akan mencuci tangan saya buat sementara waktu ini.”– AFP

    Raja Charles III (kanan) dan Ratu Camilla menaiki kapal layar di sepanjang pelabuhan di Sydney pada 22 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda