Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Charles III berkongsi kad pertama Krismas

    LONDON, 13 DIS – Keluarga diraja Britain pada Ahad berkongsi kad ucapan sempena Krismas yang menampilkan wajah Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla, lapor UPI.

    Kad itu turut mengandungi ucapan ringkas pasangan diraja itu,  ‘Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu.’

    Ucapan ringkas itu adalah yang pertama sejak 1952 dari salasilah keturunan diraja itu selepas bonda Raja Charles, Ratu Elizabeth II menduduki takhta selama 70 tahun.

    Ratu Elizabeth II ialah raja paling lama memerintah dalam sejarah Britain, meraikan Jubli Platinum pada Jun.

    Foto baginda berdua itu diambil pada 3 September di Sukan Braemar oleh jurugambar Samir Hussein.

    Sudah menjadi kelaziman, kerabat diraja akan menyambut Krismas dan Tahun Baharu di  Sandringham House milik Ratu Elizabeth di Norfolk. – Bernama

    Kad Krismas yang menampilkan Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla dikeluarkan di London pada 11 Disember 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda