Saturday, November 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Charles III jamin kukuh hubungan UK-Perancis

    PARIS, 21 SEPT – Raja Charles III hari ini memberikan jaminan untuk memperkukuh hubungan antara Perancis dan Britain, mencadangkan agar rakan kongsi yang ‘sangat diperlukan’ turut bekerjasama dalam menangani kecemasan iklim.

    Dalam ucapan di Senat Perancis pada hari kedua lawatannya selama tiga hari ke Perancis yang diharapkan akan mempererat hubungan pasca-Brexit, Charles mendapat tepukan gemuruh daripada wakil-wakil rakyat selepas mencampur bahasa Inggeris dan Perancis dengan mahir serta refleksi peribadi dan politik.

    Lawatan itu selama ini dilihat dalam media Britain dan Perancis sebagai kejayaan, dengan beberapa kali terdengar panggilan Vive le roi! (Hidup Raja!) di sepanjang jalan di Paris.

    Dalam ucapannya, Raja Charles III mengimbau kembali kenangan bondanya, Ratu Elizabeth II, yang digantikannya setahun lalu selepas kematiannya, menggambarkan warisan bondanya terhadap hubungan Perancis-United Kingdom (UK) sebagai ‘benang emas yang akan bersinar terang selamanya’ dan berkata bahawa keluarga diraja ‘terkesan secara mendalam’ atas penghormatan yang diberikan Perancis kepadanya.

    “Pada tempoh yang diberikan kepada saya selaku pemimpin, saya berjanji untuk melakukan apa sahaja yang saya mampu untuk mengukuhkan hubungan yang sangat diperlukan antara UK dan Perancis,” katanya.

    “Secara ringkasnya, United Kingdom akan sentiasa menjadi salah satu sekutu terdekat dan rakan baik Perancis,” katanya, bercakap dari podium yang dihiasi dengan bendera Britain, Perancis dan Kesatuan Eropah (EU).

    Beliau mencadangkan bahawa Perancis dan Britain harus bekerjasama untuk menangani kecemasan iklim dan biodiversiti dengan versi baharu pakatan Entente Cordiale 1904, yang mengeratkan persahabatan antara Paris dan London. – AFP

    Raja dan Permaisuri Britain serta isteri Presiden Perancis, Brigitte Macron (kanan) melawat Kampus 19M, yang diasaskan oleh rumah fesyen mewah Perancis, Chanel di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda