LONDON, 13 FEB – Raja Charles III kembali ke London dari tempat peristirahatan negara hari ini untuk rawatan lanjut berikutan diagnosis kansernya.
Charles, 75, dan permaisurinya, Ratu Camilla terbang menaiki helikopter ke Istana Buckingham dari estet diraja Sandringham di Norfolk, timur England. Raja itu dilihat melambaikan tangan kepada orang yang mengucapkan selamat ketika pasangan itu dibawa dari istana ke Rumah Clarence berdekatan.
Pegawai diraja minggu lalu mengumumkan bahawa Baginda disahkan menghidap kanser dan akan menangguhkan tugas awam, walaupun Baginda akan meneruskan tugasan berkaitan urusan kerajaan seperti menandatangani dokumen. Mereka tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapinya, tetapi berkata ia tidak berkaitan dengan rawatan prostat benign yang baru-baru ini yang Baginda jalani.
Baginda menjalani rawatan kanser pertamanya minggu lalu. Baginda berangkat ke gereja di Sandringham pada Ahad, dan berterima kasih kepada orang ramai atas banyak mesej sokongan yang diterimanya.
Camilla, yang terus melanjutkan tugasan diraja, berkata minggu lalu bahawa Raja Charles “sangat baik dalam keadaan itu.” – AP


