LONDON, 7 APRIL – Raja Charles III dan Permaisuri Camilla tiba di Itali hari ini bagi lawatan rasmi selama empat hari, di mana Baginda bakal mencipta sejarah sebagai raja Britain pertama yang memberi ucapan di hadapan sidang bersama Parlimen Itali.
Bagaimanapun, pertemuan yang dijadualkan bersama Ketua Gereja Katolik, Paus Francis, terpaksa dibatalkan berikutan keadaan kesihatan yang masih belum pulih sepenuhnya.
Lawatan ini hanya berlangsung selama 10 hari selepas Raja Charles, dimasukkan ke hospital akibat kesan sampingan sementara daripada rawatan kanser yang sedang dijalaninya. Menurut sumber diraja yang dipetik daripda media Britain, Baginda kini dalam keadaan baik dan bersemangat meneruskan lawatan.
Selain tugasan rasmi, Raja Charles dan Permaisuri Camilla turut dijangka menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 semasa berada di Itali.
Paus Francis, 88, kini dalam proses pemulihan selepas mengalami radang paru-paru serius. Doktor menjangkakan beliau memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk pulih sepenuhnya.
Dalam jadual lawatan baharu, Raja Charles akan mengadakan beberapa pertemuan rasmi di Rom, termasuk dengan Presiden Itali Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Giorgia Meloni, Itali, Alessandro Giuli.
Pihak istana memaklumkan kemasukan Baginda ke hospital baru-baru ini hanyalah ‘gangguan kecil’ dalam rawatan perubatannya. Charles dan Camilla turut dijadual melawat Rom dan Ravenna di utara Itali bagi meraikan hubungan dua hala yang erat antara Itali dan United Kingdom. – AFP
