Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Charles III tiba di London sebagai raja baharu

    LONDON, 9 SEPT – Raja baharu Britain tiba di Istana Buckingham untuk bertemu dengan perdana menteri hari ini dan menyampaikan utusan pertama kepada negara yang sedang berkabung berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

    Raja Charles III berlepas ke London dari Scotland menuju ke kediaman diraja menggunakan kenderaan rasmi Bentley. Orang ramai mengalu-alukan mereka ketika kereta itu tiba di pintu pagar Istana Buckingham.

    Britain memulakan tempoh berkabung selama 10 hari bermula hari ini, dengan loceng berbunyi di sekitar Britain dan 96 tembakan das meriam dirancang di London iaitu satu untuk setiap tahun umur panjang Baginda. Orang ramai di seluruh dunia berkumpul di kedutaan Bri- tain untuk memberi penghormatan kepada Baginda, yang mangkat kelmarin di Istana Balmoral di Scotland.

    Raja Charles III menghabiskan sebahagian besar daripada 73 tahunnya untuk mempersiapkan peranan sebagai raja, menaiki takhta dalam era ketidakpastian untuk negara dan takhta kerajaan itu sendiri.

    Pada hari pertama sebagai seorang raja, Baginda dijangka kembali ke London untuk bertemu Perdana Menteri Liz Truss. Baginda akan menyampaikan utusan kepada negara ketika Britain berdepan dengan krisis tenaga yang semakin meningkat, kos sara hidup, perang di Ukraine dan kesan Brexit. – AP

    Raja Britain Charles III dan Camilla, Permaisuri, meninggalkan Birkhall menuju ke Istana Buckingham. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda