Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Charles ‘terkejut’ insiden tikaman

    LONDON, 14 APRIL – Raja Britain, Charles III, kelmarin berkata bahawa dia dan isterinya, Permaisuri Camilla, ‘ngeri’ dengan serangan ‘tidak masuk akal’ di sebuah pusat beli-belah di Sydney yang membunuh enam orang.

    Polis Australia berkata beberapa orang telah ditikam termasuk seorang anak damit berusia sembilan bulan oleh penyerang yang tidak dikenali, yang kemudiannya telah dikesan dan ditembak mati oleh seorang polis wanita yang dinobatkan sebagai wira negara.

    Insiden itu berlaku di kompleks pusat beli-belah Westfield Bondi Junction, yang dipenuhi ribuan pelanggan, kelmarin.

    “Beta dan isteri beta sangat terkejut dan ngeri mendengar insiden tikaman tragis di Bondi,” kata Charles dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham.

    “Kami menyampaikan takziah kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang telah dibunuh dengan begitu kejam semasa serangan yang tidak masuk akal itu.”

    “Ingatan kami kepada mereka yang terkesan dalam kejadian itu, dan kami berterima kasih atas keberanian responden pertama dan perkhidmatan kecemasan,” tambahnya. – AFP

    Perkhidmatan kecemasan dilihat di Bondi Junction selepas beberapa orang ditikam di dalam pusat beli-belah Westfield Bondi Junction di Sydney, Australia pada 13 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda