Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Raja Dadah Malaysia’ bakal dibicarakan di Thailand

    KUALA LUMPUR, 8 JAN – Lelaki dikenali sebagai ‘Raja Dadah Malaysia’ yang ditahan di Laos baru-baru ini akan menghadapi pertuduhan di Thailand dan tiada cadangan untuk beliau diekstradisi ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Malaysia, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Beliau berkata lelaki berusia 41 tahun berasal dari Perak yang berkahwin dengan wanita Thailand itu dipercayai telah melakukan kegiatan menyeludup dadah sejak sekian lama.

    “Mana-mana rakyat Malaysia di luar negara dan melanggar undang-undang negara terlibat kita serah kepada negara berkenaan untuk ambil tindakan,” katanya dalam sidang media pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia Bersama Universiti Kebangsaan Malaysia di Bukit Aman, hari ini.

    “Biarlah lelaki itu hadapi pertuduhan di Thailand.. pihak berkuasa Thailand ada bukti mencukupi untuk ambil tindakan ke atasnya,” katanya.

    Media sebelum ini melaporkan suspek yang dikehendaki polis Thailand kerana kesalahan menyeludup dadah ditahan dalam operasi bersama Thai-Laos pada 29 Disember lepas. – Bernama

    Datuk Seri Ayob Khan bercakap ketika sidang media di Menara 1 Bukit Aman. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda