Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Raja Farah tak merajuk

    Hampir 15 tahun dilihat menyepi daripada dunia lakonan, pelakon Raja Farah berkata dia tidak pernah memberikan kata putus ingin meninggalkan industri seni.

    Meskipun fokusnya kini adalah menguruskan keluarga, Farah atau Raja Farah Raja Aziz, 36, mengakui ada kalanya dia rindu untuk kembali aktif berlakon.

    “Saya memang tidak aktif berlakon dan sekarang hanya aktif tugas sebagai ibu selain perniagaan. Rasanya hampir 15 tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

    “Saya tidak menutup pintu untuk terus berlakon. Tidak mustahil suatu hari nanti akan kembali aktif. Cuma perlulah mengikut kesesuaian dan keizinan suami.

    “Berlakon sudah sebati dengan jiwa saya, jadi susah untuk tinggalkan,” katanya kepada mStar.

    Farah kini lebih fokus uruskan keluarga. – mStar

    Dalam pada itu, Farah berkata tiada istilah merajuk dalam dirinya meskipun mungkin ada yang sudah mula lupa namanya sebagai seorang pelakon.

    Kata Farah lagi, antara faktor dia memperlahankan kerjaya seni dahulu adalah disebabkan tidak banyak drama atau filem sesuai dengan penampilannya sebagai seorang wanita berhijab.

    “Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima. Mungkin ketika itu tidak banyak skrip untuk wanita bertudung. Jadi tiada istilah merajuk dengan industri seni.

    “Kemudian ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sebab itu saya semakin tidak aktif berlakon.

    “Dalam masa sama ada juga rasa lega kerana anak-anak tidak terkena tempias dunia glamor dan mereka boleh menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...