KUALA LUMPUR, 1 MAC – Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membawa pulang Raja Harald V ke Norway dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Menurut kenyataan yang dike-luarkan di laman web The Royal House of Norway pada awal hari ini (waktu Malaysia), istana itu menyata-kan bahawa Baginda yang sedang menjalani rawatan di Langkawi, Malaysia, akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.
Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi Baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.
“Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang Baginda ke Norway,” kata kenyataan itu. – Bernama