Hatinya terlalu rindu dengan keluarga, namun, pelakon Raya Ilya, 37, terpaksa meraikan Aidilfitri di Perth, Australia berikutan sarat mengandung anak pertama.
Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, usia kandungan kini sudah mencecah 30 minggu, jadi, dirinya risau menaiki kapal terbang.
“Ini adalah tahun ketiga saya menyambut raya di Perth. Kali terakhir saya menyambut Syawal di Malaysia pada 2019.
“Memandangkan raya pada bulan Mei, saya pula dijadualkan melahirkan anak pertama pada Julai, jadi saya hanya ada tempoh 10 minggu sahaja lagi.
“Disebabkan itu, saya tidak mahu mengambil risiko menaiki kapal terbang. Kalau pulang pun, sudah tentu saya mahu berada di Malaysia dalam tempoh sebulan atau dua bulan.
“Kami pula sudah menempah bidan dan semua berkaitan urusan kelahiran, sudah diselesaikan di Perth. Jadi, keputusan yang terbaik adalah pulang pada hujung tahun ini,” katanya kepada media. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P18-B_070502022.jpg)