Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Jordan kecam pengeboman hospital Gaza

    AMMAN, 18 OKT – Raja Jordan, Raja Abdullah mengecam insiden pembunuhan kejam orang awam yang tidak bersalah, termasuk pesakit yang sedang menerima rawatan, lapor agensi berita Jordan (Petra).

    Baginda bertitah perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia jenayah perang yang amat kejam dan Israel perlu segera menamatkan pencerobohan ke atas Gaza.

    Tindakan itu juga bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan jelas tidak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, titah baginda.

    Baginda turut mengingatkan bahawa peperangan yang telah memasuki fasa berbahaya itu akan mengheret wilayah berkenaan ke kancah bencana.

    Jordan akan teguh bersama untuk mempertahankan hak dan perjuangan rakyat Palestin, titah baginda.

    Sementara itu, Perdana Menteri Bisher Khasawneh mengumumkan Jordan akan berkabung selama tiga hari sebagai menghormati mangsa yang terkorban.

    Beliau berkata sepanjang tempoh berkabung itu bendera negara Jordan di kementerian, institusi dan jabatan awam akan dikibarkan separuh tiang. – Bernama

    Penduduk Palestin yang cedera di hospital al-Shifa di Bandar Gaza, selepas tiba dari hospital al-Ahli berikutan letupan di sana pada 17 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda