Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Raja Jordan lawat Washington 15 Mei

    WASHINGTON, 10 MEI – Raja Jordan Abdullah II akan melawat Washington pada Jumaat untuk rundingan bersama Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

    Lawatan akan ‘memperkukuh persahabatan dan perkongsian erat di antara Amerika Syarikat dan Jordan,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

    “Jordan adalah kuasa penting untuk kestabilan di Timur Tengah dan rakan strategik serta sekutu Amerika Syarikat,” tambah kenyataan.

    Lawatan akan menjadi yang kedua sekutu AS ke Washington sejak Biden menerajui tampuk pentadbiran, susulan rundingan di antara raja dan presiden pada Julai 2021.

    Pada masa itu, Biden menekankan hubungan lama dengan raja, berkata ia sudah terjalin sejak berabad lama-nya, apabila ayahanda Abdullah memerintah Jordan.

    Lawatan minggu ini diadakan semasa serangan anti-Israel yang telah membunuh puluhan orang sejak akhir Mac, di antaranya termasuk penyerang Palestin dan Arab-Israel.

    Abdullah merayu ‘ketenangan’ di antara kedua-dua pihak pada bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...