Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Raja Kemboja pengerusi sesi perasmian Dewan Senat Rabu ini

    PHNOM PENH, 1 APRIL – Raja Kemboja, Norodom Sihamoni akan mempengerusikan sesi perasmian Dewan Senat bagi badan perundangan kelima pada Rabu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Dewan Negara hari ini.

    Selepas sesi perasmian, Dewan Senat akan memilih bekas Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen sebagai presiden Dewan Senat, mengikut jadual rasmi yang diumumkan bersama kenyataan itu.

    Jadual itu menambah bahawa semua senator dalam badan perundangan kelima akan mengangkat sumpah taat setia di Istana Diraja pada petang Rabu.

    Dewan Senat atau dewan pertuanan mempunyai 62 kerusi, tetapi pilihan raya Februari diadakan untuk 58 kerusi sahaja kerana dua senator dilantik oleh raja dan dua lagi dicalonkan oleh Perhimpunan Negara atau dewan rakyat.

    Pada undian Februari, Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Hun Sen memenangi 55 kerusi Senat dan parti pembangkang Khmer, Will Party memperoleh baki tiga kerusi. – Xinhua

    Gambar fail Raja Kemboja, Norodom Sihamoni. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...