Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Kemboja terbang ke Beijing bagi pemeriksaan kesihatan

    PHNOM PENH, 23 Julai – Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, ditemani oleh ibunya, bekas Permaisuri Norodom Monineath, telah berlepas ke Beijing, bandar China, hari ini bagi menjalani pemeriksaan rutin kesihatan.

    Hadir menghantar kerabat diraja berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh itu ialah Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen dan beberapa pemimpin lain serta Charga d’Affaires Kedutaan China, Tan Qingsheng.

    Dalam mesej diraja kepada rakyat Kemboja kelmarin, Sihamoni berkata lawatannya ke Beijing itu adalah untuk membuat pemeriksaan kesihatannya.

    “Semasa ketiadaan saya, Samdech Say Chhum, presiden Senat, akan menjawat sebagai pemangku ketua kerajaan bagi Kerajaan Kemboja,” katanya.

    Monarki biasanya akan menjalani pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh doktor-doktor China dua kali setahun. Pemeriksaan terakhirnya dilakukan pada Mac. – Xinhua

    Raja Norodom Sihamoni bersama ibunya, Permaisuri Norodom Monineath, sebelum berlepas di Phnom Penh, Kemboja pada 23 Julai. – Xinhua
    Raja Norodom Sihamoni bersama ibunya, Permaisuri Norodom Monineath, sebelum berlepas di Phnom Penh, Kemboja pada 23 Julai. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda