Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Maghribi ampun 1,178 penunjuk perasaan

    RABAT, 30 Julai – Raja Maghribi, Raja Mohammed VI berkenan mengampunkan lebih 1,178 orang yang ditahan kerana terbabit dalam bantahan di utara wilayah Rif. Menurut Kementerian Kehakiman, Raja Maghribi itu turut berkenan mengampunkan sejumlah peserta bantahan di bandar pelabuhan utara al-Hoceima dan sekitarnya.

    Kenyataan itu diumumkan sebelum Raja Mohammed VI membuat ucapan secara langsung di televisyen sempena ulang tahun ke-18 baginda berada di atas takhta.

    Menurut kementerian, pengampunan diberikan kepada mereka yang tidak pernah terbabit jenayah dan tidak melakukan kesalahan serius selepas mengambil kira faktor keluarga dan perikemanusiaan.

    Bantahan tercetus pada Oktober tahun lalu selepas nelayan maut dirempuh lori sampah ketika cuba mempertahankan hasil tangkapan luar musim.

    Susulan itu, bantahan asalnya menuntut keadilan bertukar kepada tuntutan pekerjaan, pembangunan dan menghentikan amalan rasuah. – AFP

    Lebih 1,178 orang yang ditahan diberi keampunan oleh Raja Maghribi kerana terbabit dalam bantahan di utara wilayah Rif. – AFP
    Lebih 1,178 orang yang ditahan diberi keampunan oleh Raja Maghribi kerana terbabit dalam bantahan di utara wilayah Rif. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda