Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Maori New Zealand mangkat

    NUKU’ALOFA, 30 OGOS – Raja Maori New Zealand, Kiingi Tuheitia Pootatau Te Wherowhero VII, meninggal dunia hari ini pada usia 69 tahun, beberapa hari selepas sambutan ulang tahun ke-18 baginda menaiki takhta.

    Baginda adalah raja ketujuh dalam pergerakan Kiingitanga, memegang jawatan yang diwujudkan pada tahun 1858 untuk menyatukan suku-suku asli Maori New Zealand dalam menghadapi penjajahan British.

    Tuheitia meninggal dunia di hospital selepas pembedahan jantung, kata Rahui Papa, jurucakap Kiingitanga, Gerakan Raja Maori, dalam satu hantaran di Instagram.

    Matlamat utama pergerakan itu adalah untuk menghentikan penjualan tanah kepada orang bukan orang asli, menghentikan perbalahan antara suku, dan menyediakan landasan untuk pemeliharaan budaya Maori, kata laman web suku Waikato-Tainui. Raja tersebut mempunyai peranan yang sebahagian besarnya bersifat istiada tetapi masih penting di New Zealand, di mana orang Maori membentuk hampir 20 peratus daripada populasi.

    “Kematian Raja Tuheitia merupakan momen yang sedih bagi pengikut Kiingitanga, Maaoridom dan seluruh negara,” tulis Papa di media sosial. – AP

    Reaksi Tuheitia ketika bersama dengan Putera Wales, Putera Charles dan Duchess of Cornwall, Camilla di Turangawaewae Marae, Hamilton, New Zealand, pada 8 November 2015. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda