LIVERPOOL, 25 OGOS – Jurgen Klopp memuji jaringan solo ‘hebat’ Mohamed Salah ketika bintang Liverpool memusnahkan impian Arsenal menerusi gerakan menarik dalam kemenangan 3-1 di Anfield awal pagi ini.
Ketika Liverpool mendahului menerusi tandukan Joel Matip dan penalti Salah, penyerang Mesir itu berada di posisi sebahagian daripada kawasan padang Arsenal dan melakukan gerakan magisnya.
Berjaya melepasi jangkauan David Luiz dan Nacho Monreal, ‘Raja Mesir’ berjaya menggelecek bola di kawasan penalti dan merembat gol buat tuan rumah untuk memastikan pendahulu Liverpool melebarkan rekod kemenangan 100 peratus pada musim Liga Perdana ini.
“Jaringan ketiga Mo sangat hebat, namun kesungguhan yang ditunjukkan pemain begitu memuncak. Identiti kami adalah kesungguhan dan kami tunjukkan hari ini,” kata boss Reds, Klopp.
“Kami mempunyai cukup ruangan dan gerakan untuk meletakkan lawan dalam keadaan tertekan.
“Kami mempunyai kekuatan di bahagian pertahanan yang tinggi. Pemain melakukan apa yang kami mahu mereka lakukan dan menjaringkan gol menarik. – AFP
