Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Raja Mohammed VI ketuai program kecemasan

    MAGHRIBI, 15 SEPT – Raja Mohammed VI mempengerusikan mesyuarat penting kelmarin yang didedikasikan untuk mengaktifkan program kecemasan bagi menempatkan semula mangsa bencana dan membantu mangsa dan golongan rentan susulan kejadian gempa bumi Al Haouz.

    Program komprehensif itu, akan merangkumi dua komponen utama iaitu langkah-langkah penempatan semula sementara dan pembinaan semula kediaman dengan serta-merta, menurut Pejabat Diraja Maghribi menerusi laman sesawangnya memetik titah baginda.

    “Versi pertama program perumahan semula ini meliputi kira-kira 50,000 kediaman atau sebahagian rumah yang runtuh di lima wilayah yang terjejas.

    “Ia termasuk langkah-langkah penempatan semula sementara, khususnya penginapan yang direka untuk menahan cuaca sejuk dan buruk; atau di penempatan sementara yang dilengkapi dengan semua kemudahan yang diperlukan.

    “Di samping itu, bantuan kecemasan sebanyak AS$3,000 akan diberi kepada isi rumah berkenaan.

    “Program itu juga terdiri daripada pembinaan semula serta merta, yang akan dilaksanakan selepas operasi kepakaran awal dan kerja penyediaan dan penstabilan tanah dijalankan.

    “Untuk tujuan ini, bantuan kewangan terus sebanyak AS$14,000 telah diperuntukkan untuk kediaman yang roboh sepenuhnya, dan AS$8,000 untuk menampung kerja-kerja pemulihan di rumah yang rosak,” titah baginda menerusi kenyataan Pejabat Diraja. – Bernama

    Penduduk kampung yang berpindah mencari makanan dan pakaian yang ditinggalkan oleh sukarelawan di Pergunungan Atlas antara Maarakesh dan Taroudant, pada 14 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...