COPENHAGEN, DENMARK, 19 DIS – Raja Norway, Harald V telah dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan dan sedang menerima rawatan antibiotik intravena, kata istana Norway dalam satu kenyataan hari ini.
Raja berusia 83 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan akan tinggal di Rikshospitalet selama beberapa hari, menurut istana.
Rikshospitalet adalah sebahagian daripada Hospital Universiti Oslo, hospital utama di Oslo. Harald, yang dilihat menggunakan tongkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah dimasukkan ke hospital beberapa kali sejak beberapa bulan ini. Beliau dimasukkan ke hospital selama tiga hari pada Ogos dan menerima antibiotik intravena untuk jangkitan. Dia menjalani pembedahan untuk mengganti injab jantung pada Oktober 2020 selepas dimasukkan ke hospital kerana masalah kesukaran bernafas.
Pewaris takhta, Putera Mahkota Haakon, telah mengambil alih tugas bapanya.
Tugas Harald sebagai pemimpin Norway adalah bersifat istiadat, dan beliau tidak memegang sebarang kuasa politik. Beliau menaiki takhta susulan kemangkatan Raja Olav pada 1991. – AP