Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

‘Raja Permata Rakyat Jelata’

Oleh Haniq Raffael

 

SELAKU rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam, kita patut merasa amat bersyukur ke atas Allah Subhanahu Wataa’ala kerana diberikan dan dikurniakan seorang raja, khalifah Islam yang sangat mengasihi seluruh lapisan rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat itulah yang membawa limpahan kasih sayang dan penduduk di negara ini kepada Baginda tanpa putus-putus dengan sentiasa memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. Apatah lagi kasih Baginda jelas tergambar melalui komitmen Baginda yang tidak pernah kendur-kendurnya untuk menjadikan negara ini kekal sebagai sebuah negara ‘Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur’ yang berpaksikan kepada ajaran agama Islam yang suci.

Malah sikap Baginda yang sering menitikberatkan dan memeduli akan kebajikan serta sering menyediakan keperluan rakyat di negara ini baik dari segi urusan pentadbiran dan kemajuan perekonomiannya bagi pencapaian cemerlang sahsiah bangsa serta memartabatkan ummah amat disanjung tinggi oleh rakyat Baginda dan ini cukup menjadikan Baginda sebagai “Raja di Hati Rakyat”.

Ini terbukti dengan kerelaan hati Baginda yang sering bercemar duli dalam mana-mana atur cara atau majlis yang melibatkan Baginda bersama rakyat.

Sejak Baginda memegang tampuk pemerintahan dan berkat daulat Baginda Sultan, semua rakyat dan penduduk di negara ini turut sama menikmati segala kemudahan, kemajuan dan pembangunan yang berterusan. Semua yang dinikmati ini adalah berkat keprihatinan dan pemedulian Baginda terhadap kebajikan dan kesejahteraan semua rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam yang makmur lagi sejahtera.

Keberangkatan KDYMM bercemar duli bersama rakyat sering dinanti nantikan rakyat dan penduduk tanpa mengira umur.
Keberangkatan KDYMM bercemar duli bersama rakyat sering dinanti nantikan rakyat dan penduduk tanpa mengira umur.
KDYMM saat bercemar duli  bersama rakyat kelihatan begitu mesra dan begitu dekat dihati rakyat.
KDYMM saat bercemar duli bersama rakyat kelihatan begitu mesra dan begitu dekat dihati rakyat.

Selama 50 tahun memerintah, perjalanan pentadbiran negara berlangsung dalam keadaan aman dan sejahtera di bawah payung pemerintahan Baginda.

Apatah lagi dengan keberangkatan Baginda Sultan di keempat-empat daerah jelas mencerminkan sifat kepimpinan dan keperibadian Baginda sebagai seorang raja yang berwibawa, bijaksana dan berjiwa rakyat.

Malahan rasa cinta dan kasih sayang Baginda kepada rakyat dan penduduk baginda bukan hanya kelihatan pada sesetengah acara atau majlis yang melibatkan Baginda bahkan untuk lebih mendekatkan diri dengan rakyat Baginda sendiri juga sentiasa turun padang dalam apa jua hal baik secara rasmi mahupun tidak.

Sikap Baginda yang begitu terbuka kepada rakyat dan penduduk amat jelas sekali dan inilah yang membuatkan rakyat Baginda sentiasa berasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dikurniakan seorang raja yang berjiwa pengasih dan penyayang kepada rakyat.

Baginda Sultan dilahirkan pada 15 Julai 1946 merupakan seorang raja yang amat dekat di hati rakyat apatah lagi dengan sifat keperibadian Baginda yang bijaksana. Baginda Sultan kerap menjelajah ke seluruh pelosok daerah di negara ini sehingga ke kawasan pedalaman untuk melihat sendiri dengan lebih dekat akan keadaan rakyat Baginda. Dengan adanya penglibatan Baginda ini mencerminkan bahawa Baginda merupakan seorang raja yang amat dekat di hati rakyat.

Detik bersejarah

Hari ini, Baginda bukan sekadar meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-71 tahun tetapi Baginda juga bakal mencipta sejarah dengan meraikan Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta yang ke-50 Tahun pada Oktober tahun ini dan ini semestinya sambutan yang julung-julung kali diadakan seterusnya menjadi ristaan bagi kita selaku rakyat dan penduduk di negara ini.

Setentunya sambutan itu amat dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. lni juga peluang bagi semua lapisan rakyat  dan penduduk Brunei  Darussalam untuk sama-sama menyambut detik gilang-gemilang pemerintahan Baginda Sultan sebagai raja yang bijaksana dan sentiasa prihatin terhadap perpaduan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Wajarlah juga bagi kita pada hari tersebut disambut dengan penuh makna dan bersejarah terutamanya bagi menghargai kepimpinan dan sumbangan besar Baginda dalam menerajui hala tuju negara di sepanjang tempoh 50 tahun pemerintahan.

Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam seharusnya menjunjung penghargaan yang diberikan oleh raja yang dikasihi.

Semoga hubungan di antara raja dan rakyat di negara ini akan terus mantap bagi menjamin kehidupan aman damai yang berpanjangan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan berterusan negara tercinta.

Justeru, Baginda sebagai pemerintah dan raja di Negara Brunei Darussalam ini amat tepat untuk memayungi seluruh rakyat negara ini dengan Islam menjadi tunjangnya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia merupakan raja berjiwa rakyat dan amat dekat di hati rakyat.

Bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam sentiasa berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam perlindungan dan keredaan Allah Subhanahu Wata’ala, sihat walafiat, sejahtera, serta kekal karar memerintah negara dan semoga Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dalam keadaan aman damai, serta dilimpahi rahmat dari Allah S.W.T.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -