RIYADH, 8 MAC – Arab Saudi menyiarkan beberapa imej Raja Salman melaksanakan tugas diraja hari ini, selepas menyingkirkan tiga putera termasuk adindanya dan anak saudaranya dalam percubaan rampasan kuasa. Pengawal diraja Saudi pada Jumaat lalu telah menahan tiga individu, menurut beberapa sumber memberitahu AFP, dalam satu langkah yang menunjukkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengetatkan