Oleh Salawati Haji Yahya, Sim.Y.H. & Syahmi Hassan
Gambar Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Berkat memang boleh dimiliki, terutama oleh para Nabi Alaihissalam, termasuk oleh raja-raja, sultan-sultan, para ulama dan siapa saja yang berpangkat soleh, yang bergelar soleh.
Raja yang soleh, tidak syak lagi memang pencetus berkat, pembawa berkat berupa pelbagai kebajikan, kejadian luar biasa yang mengagumkan untuk umat, untuk bangsa, untuk negara yang rajanya adalah raja yang shaleh.
Perkara ini dijelaskan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Seria Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa menyampaikan ceramah kas bertajuk ‘Pemerintahan Raja Shaleh Membawa Berkat’ pada Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2017 sempena Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun di Pusat Persidangan Antarabangsa, hari ini.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn