Wednesday, November 27, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Sodoq Strawberry dicemari Sildenafil

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Orang ramai diseru untuk tidak menggunakan satu produk kesihatan yang didapati dicemari dengan bahan terlarang atau bahan racun berjadual yang tersenarai di dalam Akta Racun 1956 yang tidak diisytiharkan, hasil daripada ujian makmal yang dijalankan oleh Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Saintifik, Kementerian Kesihatan.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa produk kesihatan yang dicemari adalah Raja Sodoq Strawberry di mana produk berkenaan didapati dicemari oleh Sildenafil.

    Bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

    Sildenafil adalah ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk di mana ia memerlukan preskripsi doktor. Antara kesan sampingan apabila memakan ubat-ubatan berkenaan ialah merasa mual, muntah-muntah, muka kemerahan dan pening.

    Dalam kes-kes yang buruk, ia juga boleh menyebabkan peningkatan yang luar biasa dalam degupan jantung, kehilangan pendengaran secara tiba-tiba dan sawan.

    Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan untuk penjualan produk berkenaan dan produk berkenaan dilarang untuk diimport dan dijual di negara ini.

    Produk kesihatan yang didapati dicemari bahan terlarang. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda