Tuesday, November 26, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Thai perkenan Kabinet baharu

    BANGKOK, 3 SEPT – Raja Thailand secara rasmi memperakui anggota kabinet baharu, sekali gus membuka jalan kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Srettha Thavisin untuk menerajui tampuk pentadbiran lebih tiga bulan selepas pilihan raya umum.

    Srettha, mewakili parti Pheu Thai, dinamakan Perdana Menteri oleh Parlimen pada 22 Ogos. Seorang pemaju hartanah terkemuka sehingga secara rasmi memasuki politik tahun lalu, beliau juga akan memegang jawatan Menteri Kewangan.

    Raja Maha Vajiralongkorn mengeluarkan perkenan dirajanya pada Jumaat.

    Kelewatan dalam membentuk kerajaan baharu disebabkan kegagalan parlimen untuk menyokong gabungan yang dibentuk oleh parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Mei, parti Move Forward.

    Enam anggota kabinet baharu memegang jawatan timbalan perdana menteri yang berprestij, tiga daripadanya rakan sekerja Srettha dalam parti Pheu Thai. Tiga timbalan perdana menteri juga memegang portfolio kedua utama.

    Phumtham Wechayachai dan Parnpree Bahiddha-Nukara dari Pheu Thai masing-masing dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Luar Negeri. Anutin Charnvirakul dari Parti Bhumjaithai, yang memenangi bilangan kerusi ketiga tertinggi dalam dewan rakyat, dinamakan Menteri Dalam Negeri.

    Manakala Anutin adalah Menteri Kesihatan Awam dalam kerajaan Prayuth Chan-ocha yang disokong tentera sebelum ini dan terkenal kerana menerajui pembanterasan ganja.

    Menteri Pertanian baharu ialah Thammanat Prompao dari Parti Palang Pracharath, yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertanian dalam kerajaan lalu. – AP

    Perdana Menteri Srettha Thavisin tiba di ibu pejabat Parti Pheu Thai di Bangkok, Thailand pada 24 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda