Sunday, November 24, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Raja Thailand diarak sempena ulang tahun ke-72

    BANGKOK, 27 OKT – Beribu-ribu orang mengucapkan tahniah sambil berbaris di tebing Sungai Chao Phraya, Bangkok, hari ini untuk menyaksikan Raja Maha Vajiralongkorn menaiki perarakan baj diraja bagi memperingati ulang tahun ke-72 baginda.

    Sekumpulan 52 buah baj yang dihiasi dengan pelbagai hiasan, dengan lebih 2,000 pendayung berhias merah jambu dan emas, membawa raja dan Permaisuri Suthida melalui tengah-tengah ibu kota Thailand untuk upacara Buddha di Wat Arun, kuil purba di bandar itu.

    Raja itu mengambil tempat di atas baj diraja berusia ratusan tahun yang dikenali sebagai ‘Angsa Emas’ untuk menghantar pakaian kepada sami dalam upacara tersebut.

    Perarakan baj diraja bermula sejak ratusan tahun lalu, tetapi jarang diadakan, disimpan untuk majlis paling penting di mana yang terbaharu ialah pertabalan raja pada 2019.

    Sepanjang 70 tahun pemerintahan raja terdahulu, Bhumibol Adulyadej, hanya 16 perarakan baj diadakan.

    Raja Maha Vajiralongkorn berusia 72 tahun pada Julai lalu, melengkapkan kitaran keenam dalam kalendar astrologi 12 tahun iaitu satu peristiwa penting yang dianggap oleh rakyat Thai sebagai mempunyai tuah.

    Tetapi pada hari-hari penting negara, pendayung tentera laut akan memakai sarung, tunik merah dan topi tradisional merentasi air sambil diiringi oleh pukulan gendang.

    Bagaimanapun, hanya empat daripada baj sahaja yang sebenarnya dianggap diraja, manakala yang lain adalah baj pengiring secara rasmi. – AFP

    Raja Maha Vajiralongkorn (tengah kiri) dan Permaisuri Suthida (tengah kanan) duduk di dalam baj diraja semasa Perarakan Tongkang Diraja di sepanjang Sungai Chao Phraya di Bangkok pada 27 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda