Wednesday, November 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rajinikanth stabil susulan pembedahan akibat sakit perut

    Kesihatan pelakon tersohor Rajinikanth berada dalam keadaan baik selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Chennai, India sejak Isnin lalu.

    Rajinikanth atau Shivaji Rao Gaikwad, 74, dikejarkan ke hospital selepas aktor berkenaan mengadu sakit di bahagian perut.

    Isterinya, Latha Rajinikanth berkata, suaminya itu berada dalam keadaan stabil selepas menjalani prosedur elektif oleh pakar kardiologi pada pagi Selasa. Latha memaklumkan pembedahan kecil itu dilakukan susulan suaminya pernah memasang sten di bahagian bawah perutnya.

    Dalam perkembangan lain, sebelum kejadian, Rajinikanth sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharunya berjudul Coolie dan perlu berehat daripada melakukan sebarang babak aksi.

    Filem itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sathyaraj, Upendra Rao, Nagarjuna, Shoubin Shahir dan Shruti Haasan.

    Pemuzik terkenal Anirudh Ravichander turut bertindak sebagai pengarah skor filem tersebut. Coolie dijangka ditayangkan di pawagam pada tahun depan. – Agensi

    Rajinikanth kini stabil dan ditahan di wad selama tiga hari bagi menjalani pemantauan khas. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda