Thursday, May 15, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rak heksagon mudah direka

    Oleh Amri HTZ

     

    LEBARAN yang telah memasuki minggu ketiga masih hangat dirasakan dengan pelbagai sambutan diadakan untuk meraikan Syawal yang penuh dengan keberkatan ini. Kediaman-kediaman masih dihiasi dengan pelbagai perhiasan bagi menyambut tetamu yang bertandang dengan suasana yang indah. Bagi anda yang ingin menambahkan sesuatu untuk menghiasi sesebuah ruang, reka rak berbentuk heksagon yang mudah dengan mengikuti beberapa langkah di bawah ini.

    Barangan yang diperlukan

    Bagi mereka rak berbentuk heksagon ini, beberapa barangan penting yang diperlukan ialah mesin pemotong kayu, papan lapis, pita pengukur, pen penanda, gam kayu, pengepit kayu, kertas pasir, blok kertas pasir, stapler dan pahat kayu.

    Langkah-langkah yang perlu dilakukan

    Pada langkah pertama pembuatan, sediakan dua keping papan lapis dengan ukuran 17’’ x 15.5’’ yang akan dilekatkan di antara satu dengan lain menggunakan gam kayu. Tujuan utama melekatkan kepingan papan lapis ini adalah untuk mereka papan lapis yang tebal dengan ukuran lebih kurang 1.5’’. Jika anda menggunakan papan lapis yang lebih nipis, lebih banyak kepingan papan lapis yang perlu dicantumkan untuk menghasilkan papan lapis yang lebih tebal.

    Dengan menyapukan keseluruhan permukaan papan lapis yang disediakan menggunakan gam kayu, tahankan kepingan tersebut menggunakan pengepit kayu lebih kurang 24 jam sebelum mengendalikannya.

    Kepingan papan lapis yang telah dipotong dengan kelebaran 1.5’’ dan bahagian hujung dengan sudut 30 darjah.

    Apabila telah mengering, potongkan papan lapis yang telah dicantumkan tadi menjadi beberapa kepingan menggunakan mesin pemotong. Pastikan anda menetapkan sudut potongan mesin tersebut menjadi 30 darjah dengan kepanjangan 8’’. Potong sebanyak 18 kepingan papan lapis dengan lebar 1.5’’ setiap satu untuk mereka sebuah rak. Jika anda memerlukan lebih banyak rak, kepingan yang diperlukan setentunya lebih daripada yang telah dipotongkan pada langkah ini.

    Setelah menyediakan kepingan papan lapis yang akan dicantumkan menjadi rak kecil tersebut, cantumkan setiap sudut hujung sebanyak enam keping untuk menghasilkan bentuk heksagon. Teknik cantuman yang tidak selari (staggered manner) diperlukan untuk mendapatkan cantuman yang begitu kukuh di mana ia seolah-olah menghasilkan cantuman finger joints.

    Cara terbaik untuk mencantumkan kesemua kepingan tersebut ialah dengan cara mengekalkannya pada kedudukan untuk sementara menggunakan stapler. Sebelum itu, anda perlu menyapukan permukaan cantuman menggunakan gam kayu kemudian cantumkan menggunakan stapler.

    Penggunaan stapler di sini adalah untuk memudahkan proses cantuman. Setiap bentuk heksagon yang telah dicantumkan menggunakan stapler akan dicantumkan lagi menggunakan kepingan kayu secara berselang seli. Setiap kepingan akan dicantumkan hingga ia menghasilkan lebih kurang 4.5’’ ketebalan pada rak di bahagian dalam. Setiap proses mencantumkan kepingan kayu papan lapis, sapu setiap permukaan kayu menggunakan gam setiap kali mencantumkan kepingan kayu yang baru.

    Potongan kayu yang diperlukan untuk mereka sebuah rak untuk barangan perhiasan.
    Teknik cantuman yang digunakan seolah-olah meniru teknik cantuman finger joints yang begitu kukuh.

     

    Proses menghaluskan permukaan tidak rata rak menggunakan kertas pasir.

    Teknik cantuman sebegini adalah amat kukuh memandangkan kepingan kayu dicantumkan secara berselang seli. Tahankan cantuman kayu menggunakan pengepit kayu dan tinggalkan selama 24 jam. Pastikan kayu yang diberi tekanan menggunakan pengepit kayu mengeluarkan lebihan gam kayu yang menandakan tekanan yang diberikan adalah cukup kuat dan tidak terdapat ruang kosong yang boleh melemahkan cantuman.

    Langkah seterusnya adalah membuangkan lebihan gam kayu yang mengering menggunakan pahat kayu. Setelah kesemua lebihan gam kayu dibuangkan, gosok permukaan rak tersebut menggunakan kertas pasir. Bungkus blok kertas pasir menggunakan kertas pasir berukuran 800 grit untuk memudahkan anda memegang kertas pasir selain menjauhkan tangan anda daripada bahaya belahan kayu yang tajam. Setelah keseluruhan permukaan rak digosok menggunakan kertas pasir berukuran 800 grit, tukar kertas pasir yang lebih halus untuk mendapatkan permukaan yang lebih halus.

    Bagi melindungi permukaan rak daripada kekotoran dan membuatkannya tahan lebih lama, lindungi permukaan kayu tersebut menggunakan varnis atau cat dengan warna yang disukai. Setelah mengecatnya, biarkan cat tersebut mengering menggunakan suhu bilik agar cat tidak mudah merekah apabila ia mengering.

    Langkah terakhir adalah menggantungkan rak tersebut pada satu sudut yang dirasakan sesuai dan dapat ‘mempamerkan’ rekaan anda kepada pengunjung yang bertandang terutamanya ketika musim perayaan Aidilfitri ini. Selain mempamerkan rekaan, anda juga boleh mengongsikan pengalaman sewaktu proses pembuatan rak dan secara tidak langsung mampu mengeratkan silaturahim semasa beramah mesra.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/