Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rak mini pamer kreativiti hias ruang rumah

    Oleh Amri HTZ –

    Mempunyai ruang rumah yang terhad sering kali menghalang para pemilik rumah untuk membeli perabot siap sedia bagi mengelakkannya terlalu sesak.

    Sementara mendapatkan perabot secara tempah pula kadang-kadang berada ‘di luar bajet’.
    Antara pilihan lain ialah merekanya sendiri dengan hanya beberapa peralatan asas pertukangan.

    Sebagai satu idea untuk menghias ruangan terhad, projek ini akan menyelami langkah pembuatan rak dinding tiga dalam satu, berfungsi sebagai pameran seni, meletakkan barangan dan meja lipat tersembunyi.

    Persediaan awal sebelum pembuatan

    Mesin pemotong kayu
    Gam kayu
    Kayu dowel
    Mesin gerudi
    Mata gerudi
    Kepingan papan
    Engsel
    Pita pengukur
    Wood finish pilihan
    Skru

    POTONG DAN CANTUM KAYU TERSEDIA

    Kayu 1 x 6 inci dengan lebar 1 inci akan digunakan dalam mereka struktur utama rak ini. Potong kayu dengan panjang 32 inci dan 24 inci dua keping menggunakan mesin pemotong kayu. Sudut potongan 45 darjah akan diperlukan untuk mencantumkannya menggunakan teknik Mitered Butt. Untuk mencantumkannya, tebuk menggunakan pocket hole jig sebagai panduan. (gambar 2)

    Gambar 1. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 2. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 3. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 4. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 5. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 6. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 7. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 8. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 9. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 10. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 11. – Gambar oleh DIY Huntress
    Gambar 12. – Gambar oleh DIY Huntress

    Kayu panjang 24 inci merupakan kayu rangka atas dan bawah sementara 30 inci untuk kedua-dua bahagian sisi. Sebelum memasukkan skru dan mengetatkannya, sapukan permukaan cantuman dengan gam kayu. Ini bertujuan mendapatkan cantuman yang lebih kukuh dan bertahan lama. (gambar 3)

    Lubang skru pada permukaan cantuman kemudiannya akan ditutup menggunakan dowel. Ini bagi mendapatkan hasil akhir rekaan yang bersih dan profesional. Masukan dowel yang besar sedikit daripada lubang skru kemudian potong lebihan menggunakan gergaji fleksibel. Sebelum itu, isikan sedikit lubang tersebut dengan gam kayu. (gambar 4)

    Kayu berukuran 1 x 4 inci dengan tebal 1 inci akan digunakan untuk bahagian pembahagi ruang dalam rak. Potong kayu berukuran 18 inci (kayu tengah bawah tegak), panjang 22 inci (tengah atas mendatar) dan 10½ inci (mendatar bawah) kesemuanya sebatang. Langkah mencantumkannya sama seperti sebelumnya, tebuk dan kekalkan menggunakan skru. (gambar 5)

    SENI PAMER KREATIVITI

    Sementara untuk permukaan utama rekaan yang akan memaparkan seni lukisan, sekeping papan berukuran 30 x 22 inci akan dipotong sekali gus berfungsi sebagai kaki meja. Setelah itu cat akrilik akan berwarna putih akan disapukan pada seluruh permukaan.
    (gambar 6)

    Seni bertemakan abstrak akan dihasilkan pada permukaan papan yang telah disapukan dengan cat akrilik. Menggunakan sesuatu alat yang mempunyai bahagian hujung yang runcing, awda boleh membentuk sesuatu mengikut kreativiti sendiri. Dalam projek ini, bentuk seni joint compund dipilih memandangkan ia mudah namun unik. (gambar 7)

    Langkah seterusnya mewarnakan keseluruhan permukaan seni lukisan yang direka menggunakan cat berwarna hitam. Ia bukanlah suatu kewajipan untuk memilih warna yang sama. Sesuaikan warna mengikut kesukaan atau tema sesebuah ruang di mana rekaan ditempatkan. Gunakan alas pada bahagian belakang ketika melaksanakan langkah ini bagi memastikan ruangan kerja kekal bersih. (gambar 8)

    TETAPKAN RAK PADA DINDING

    Bagi menetapkan kedudukan rak pada dinding, ukur kedudukannya sesuai dengan tinggi kaki meja ketika ia dibuka. Selain itu sekeping kayu berukuran 2 x 22 inci akan ditetapkan pada bahagian dalam (atas rak) sebagai pendakap untuk mengekalkan kedudukannya. (gambar 9)

    Manakala bagi permukaan utama meja, kayu ukuran 30 x 22 inci pula digunakan dengan salah satu bahagian hujung dipasangkan dengan engsel bagi membolehkannya dibuka tutup. Sesuaikan kedudukan engsel dengan bahagian dalam (bawah) rak untuk memastikan ia selaras ketika ditutup. (gambar 10)

    Menggunakan skru, kekalkan kedudukan permukaan utama rak. Pastikan skru digunakan tidak terlalu panjang sehingga menembusi kayu rak. (gambar 11)

    Bagi bahagian hujung permukaan utama meja satu lagi akan ditetapkan dengan engsel yang bersambung dengan kaki meja atau kayu yang telah dilukis permukaannya. Dengan langakh terakhir ini, rekaan rak tiga dalam satu kini boleh digunakan untuk menempatkan barangan dan juga untuk duduk bersantai sambil menikmati kopi. (gambar 12)

    Tip

    Ketika proses membentuk seni joint compound, lakukannya semasa cat masih basah.

    Dowel penutup lubang skru yang telah dipotong selaras dengan permukaan kayu kemudiannya akan diratakan lagi menggunakan pahat kayu atau kertas pasir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda