Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rakan artis tampil beri sokongan buat Kamal Adli

    Isu rumah tangga pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose terus mendapat perhatian ramai termasuk rakan artis yang tampil memberikan sokongan terhadap aktor berkenaan.

    Bersempena Hari Lelaki Sedunia yang disambut pada Rabu, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menyifatkan Kamal sebagai seorang individu baik dan mendoakan agar dia diberi kekuatan.

    “Allah SWT Maha Segala. Hari Lelaki Sedunia buatmu adikku yang baik Kamal Adli,” kata Ellie.

    Ellie berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Rabu.

    Dalam masa sama, pelakon Datuk Fizz Fairuz turut meluahkan rasa simpati terhadap apa yang dilalui sahabatnya itu dan menegaskan dia sentiasa bersedia menjadi tempat Kamal bersandar sekiranya diperlukan.

    Bagi Fizz, saat seorang lelaki berada dalam tekanan, sokongan daripada rakan-rakan terdekat amat penting.

    “Kamal, aku ada di belakang kau okay. Apa-apa rojer (hubungi) aku,” ujarnya.

    Pada pagi Rabu, Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali mengarahkan Uqasha dan kamal melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan tarikh 18 Disember depan sebagai tarikh pembentangan laporan bagi kedua-dua pihak.

    Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

    Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan. – Agensi

    Kisah rumah tangga Kamal (kiri) dan Uqasha mendapat perhatian ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda